Tips-tips pemeriksaan kereta untuk perjalanan jauh


Tips-tips pemeriksaan kereta untuk perjalanan jauh

Soalan yang diajukan
Muhammad.
Salam.. Boleh bagi tips2 yang untukk perjalanan yang jauh, apa yang perlu diperiksa, ade tak?
sebab aku takde tahu banyak sangat, cuma yang biasa2 je.
kemudian nak minta nasihat  penukaran air bateri.


Jawapan Kami.
Terima kasih kepada Muhammad bertanya soalan tersebut, Aku tak tahulah ini normal atau tidak. Setiap kali nak jalan jauh, sehari atau dua hari sebelum tu, aku akan ada simptom-simptom seperti berdebar-debar, tak senang hati, sebabnya bila nak jalan jauh aje macam tak berapa yakin nak bawa kereta. Boleh sampai ke kereta aku ni ke tempat yang nak dituju nih. Jauh pulak tu perjalanan, Macam2 persolan timbul.

Tips-tips nak buat periksa kereta
Kat sini aku bagikan secara ringkas antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni anda kena la merancang sebaik2nya. Jangan nanti salah plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan rehat secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai ke destinasi dengan selamat.

1)Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel
Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar

2)Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin
Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min

3)Pemeriksaan kandungan Minyak Brake
Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.

4)Pemeriksaan Minyak Power Stering
Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).

5)Pemeriksaan Air Radiator (coolant)
Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar

6)Pemeriksaan fungsi Wiper
Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..

* jika naktambah sabun cairan pembersih 
Windshield Washer Fluid lagi bagus
 
7)Periksa Getah wiper
Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.
8)Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe.
* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..

Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi
Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…

9)Pemeriksaan Keadaan Tayar
Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok.. tetapi jika tulisan" sen" itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru.. disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis..Ukur tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 200 kpa.. Pastikan Bunga tayar tidak botak.. tengok yang bahagian dalam sebab selalunya tak perasan.. lihat gak kat dinding tayar kalau ade benjol tu pun tak elok..

10)Periksa Asap yang keluar kat Ekzos
adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana piston, gelang piston, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

11)Periksa bawah Lantai tempat parking kereta 
Sila korang periksa tempat parking kereta korang . tengok bawah lantai ada atau tak tompok minyak atau bekas lelehan air… periksa Lantai kalau ada minyak tumpah.. Mungkin leaking pada head engine dan periksa Lantai kalau ada air tumpah.. Mungkin leaking pada hose,water pump, radiator.
Periksaan Sistem lampu
Periksaan Sistem lampu kereta high beam dan Low beam mentol dalam keadaan baik.. Lampu hujan signal kiri kanan dan juga lampu brake juga perlu dipastikan berfungsi sempurna.

12)Pemeriksaan Battery Basah
Bateri Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang...

13)Pemeriksaan Battery kering
Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lg bgus...jika warna hitam di tengah2...dan putih di bhg tepi indicator tuh maksud dia charging...so kne charge la.... merah or putih sahaja...bateri kong sudah..tu kena ganti baru..

14)Kenali Fungsi indicator light pada meter kereta
Handbrake signal
Sepatutnya isyarat ini akan padam serta merta apabila “handbrake” dilepaskan. Tetapi apabila ia tetap menyala periksa takat minyak brek anda dan jika ia mencukupi dan lampu isyarat tersebut masih menyala kemungkinan suis handbrake anda rosak.

Oil pressure light
Juga dikenali dengan lampu aladin. Isyarat ini menunjukkan minyak engine anda kurang daripada takat yang sepatutnya. Sekiranya ini kerap berlaku pastikan anda ada menyimpan minyak enjin berlebihan didalam kereta anda kerana kerosakan yang teruk boleh terjadi akibat dari kekurangan @ kehabisan minyak engine.

Check Engine Light (CEL)
Isyarat ini terdapat pada kereta-kereta yang mempunyai system injection (suntikan) bukan lagi karburator. Anda boleh perasan isyarat tersebut menyala ketika anda memutarkan kunci kereta dan ia akan terpadam setelah beberapa saat engine anda dihidupkan. Isyarat ini bertujuan untuk member isyarat bahawa system elektronik (atau lebih tepat lagi sensor) pada kereta anda berada dalam keadaan baik. Jika perkara ini berlaku ketika anda memandu namun tidak memberikan apa-kesan pada prestasi atau suhu engine anda teruskan memandu dan seelok-eloknya hantar kereta anda untuk di diagnosis kan pada bengkel yang mahir.
Low battery charging
Isyarat ini terdapat pada semua jenis kereta. Ia menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada beteri atau pun “alternator” kereta anda mempunyai masalah “charging”. Alternator adalah alat seperti dynamo pada basikal. Ia akan menjanakan tenaga elektrik sebaik saya engine kereta dihidupkan. Biasanya sama ada alternator tersebut rosak atau pun tali sawat yang memutarkanya sudah kendur. Jadi sebelum memandu pastikan semua talisawat (belting) mempunyai ketegangan sekurang-kurangnya boleh dikilaskan 45 darjah-jika terlalu ketat engine akan menjadi berat kerana beban dari ketegangan talisawat tersebut dan jika terlalu kendur putaran alternator tersebut akan tergelincir dan seterusnya tenaga yang akan dibekalkan kepada kereta menjadi tidak sempurna.

Temperature gauge
Pengesanan awal Isyarat ini menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta anda
Radiator tersumbat
Hos atau sambungan karat dan bocor
Tutup radiator rosak
Air kurang dan tiada air dalam reservoir (tangki simpanan) 
Indicator ABS-cuba perhatikan indicator ABS, selepas 3 4saat dia akan padam, menandakan sistem abs berfungsi, kebiasaannye indicator abs ni berwarna kuning.

15)Periksa ada tak bawa barang penting dalam kereta
Barang seperti Botol kosong boleh digunakan untuk mengisi air atau minyak bila keadaan terdesak.. Pastikan ade Jack tayar beserta spanar bukak tayar. ade lampu picit semasa keadaan kecemasan seperti kereta rosak pada waktu malam untuk suluh bahagian enjin. Kena ada gak jumper Bateri dan spanar tool box kena standby ade cukup lengkap. senang bila mana nak gunakannya. juga peti kecemasan (first aid tool kena ade dalam simpanan.

16) Ingatan pada korang?
Tolong buat kunci Spare simpan dalam dompet atau wallet. manalah tau tetiba kunci hilang atau tertinggal dalam kereta dengan pintu tertutup tak boleh buka. hah ni lah kunci pendua yang boleh kita gunakan. dah banyak dah kejadian dimana pintu kereta sukar dibuka sampai panggil tukang kunci minta tolong buka pintu kereta. itu pun kalau boleh bukak kalau tak bleh camner.

8 Tips Penjagaan GearBox Kereta Auto

8 Tips Mudah Cara Memeriksa Dan Menjaga Gearbox Kereta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pemilik-pemilik kereta selalu tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk menjaga gearbox kereta, pada waktu 1000km ke, 5000km ke atau pun selepas 20,000km? Saya tidak begitu gemar untuk memberitahu perkara ini, namun sebenarnya langkah pertama untuk menjaga gearbox kereta anda bermula seawal kilometer yang pertama lagi. Bagi memudahkan pemahaman, di bawah ini saya senaraikan lapan tips mudah memeriksa dan menjaga gearbox kereta anda.

1. Pada kilometer pertama lagi, kenapa seawal itu?
Ya sememangnya anda perlu mula menjaga gearbox kereta anda dari kilometer pertama lagi. Saya tekankan pada kilometer yang pertama kerana, kebanyakan pemilik kereta baru, tidak mengira pemilik kereta baru atau “secondhand”, kerap kali lupa akan jadual penukaran minyak gearbox. Jadi ketika dari awal-awal lagi, anda perlu prihatin dengan tempuh penukaran minyak gearbox. Penukaran minyak gearbox bagi kereta baru ialah pada 1000 kilometer yang pertama. Manakala bagi kereta “secondhand”, sila tukar minyak gearbox kereta anda serta merta selepas pembelian.

2. Kenapa ada beza waktu penukaran minyak gearbox antara kereta baru dan kereta “secondhand”?
Saya boleh agak yang soalan ini pasti akan selalu bermain-main di dalam fikiran anda selepas anda membaca artikel ini. Jadi saya jelaskan disini, minyak gearbox bagi kereta baru kita sudah mengetahui tahap penggunaan kereta itu iaitu baru, tetapi bagi kereta “secondhand”, kita tidak mengetahui degan tepat bilakah kali terakhir minyak gearbox ditukar. Sebagai langkah selamat, selepas sahaja kita membeli kereta “secondhand”, anda terus menukar minyak gearbox jadi kita telah mempunyai rekod tentang jadual penukaran minyak gearbox kereta kita. Kereta baru perlu ditukar minyak gearbox pada 1000 kilometer yang pertama kerana, bahagian enjin dan gearbox kereta baru pasti dipenuhi dengan habuk-habuk besi yang boleh merosakkan enjin dan gearbox. Sebab itulah kebanyakan kereta baru ( tidak semua kerana bergantung kepada pengeluar) digalakkan untuk menukar minyak enjin dan minyak gearbox pada pemeriksaan percuma 1000 km.

3. Adakah sebarang beza waktu penukaran antara minyak gearbox automatik dan minyak gearbox manual?
Ya waktu penukaran minyak gearbox bagi kereta gearbox automatik berbeza sama sekali dengan kereta gearbox manual. Bagi kereta gearbox manual, penukaran minyak gearbox disarankan setiap 40,000 ke 50,000 kilometer. Manakala bagi kereta gearbox automatik, disarankan untuk menukar minyak gearbox setiap selang 20,000 kilometer. Waktu yang berbeza ini disebabkan kereta gearbox automatik, bergantung sepenuhnya kepada minyak untuk menukar gear. Berbeza bagi kereta gearbox manual, dimana peranan clutch turut digunakan dalam penukaran gear.

4. Apakah tips pemanduan bagi kereta gearbox manual.?
Sebagaimana yang telah saya ceritakan kepada anda sekejap tadi, penggunaan kereta gearbox manual memerlukan penggunaan clucth. Setiap pemandu kerete mestilah mengamalkan cara pengendalian clucth yang betul. Jangan sekali kali menekan pedal clutch anda sambil memandu kerana perbuatan tersebut boleh memendekkan nyawa clutch plate dan merosakkan gigi gearbox. Selalu lah mengamalkan kaki diangkat sedikit dan kaki tidak menyentuh langsung pedal clucth kecuali ketika menukar gear. Tips mudah ini mampu membantu anda daripada selalu berdepan dengan masalah selalu kena tukar clutch plate. Ketika anda berhenti kereta di lampu “traffic light”, sila neutralkan gear anda dan tarik brek kaki. Anda tidak digalakkan terus terusan menekan pedal membiarkan enjin RPM meningkat melebihi sepatutnya ketika kereta berada dalam keadaan gear ketika di lampu isyarat itu.

5. Apakah tips pemanduan bagi kereta gearbox automatik.?
Secara asasnya, pemanduan kereta yang menggunakan gear automatik adalah lebih menyenangkan. Gearbox automatik yang bergerak dan menukar sendiri gear secara automatik amat menyenangkan hati pemandu. Anda haruslah tahu apakah yang dimaksudkan dengan paras gear P, R, D, L, 2 dan 3. Kereta gearbox automatik juga bertukar gear dari 3 ke 2 dan D yang mana ianya berjalan secara automatik tanpa anda menekan clutch. Pemanduan biasanya hanya menggunakan gear D (drive) sahaja. R digunakan untuk mengundurkan kenderaan ( reverse) . Manakala gear L ,3 dan 2 hanya digunakan di kawasan berbukit. Gear 3 dan 2 juga boleh digunakan ketika anda memotong kereta lain untuk menambahkan kuasa pecutan. Disebabkan geaarbox ini bergantung sepenuhnya kepada minyak gerbox, jangan sekali kali anda menukar jenis minyak tetapi sebaliknya, gunalah minyak gearbox automatik yang disarankan oleh pengeluar kereta anda.
Penjagaan minyak ini adalah salah satu dari langkah penting dalam tips mudah memeriksa dan menjaga gearbox kereta anda.

6. Perlukah saya risau jika terdapat lelehan minyak gearbox?
Jawapan saya mudah sahaja, anda boleh risau tapi jangan terlalu risau. Ini kerana minyak gearbox tidak mudah bocor. Kebiasaannya minyak gearbox bocor apabila seal yang terdapat di gearbox “sudah mati”. Sila bawa kereta anda ke bengekel kereta berdekatan kerana kita tidak mahu sebarang pengurangan minyak gearbox merosakkan gearbox anda. Ini kerana kos untuk sesuatu gearbox cukup mahal dan berharga di dalam lingkungan RM 7000 ke RM 25,000 bergantung kepada model kereta anda.

7. Apakah yang perlu ditukar jika penukaran gear kereta manual sedikit susah?
Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai bengkel yang wujud. Namun sebagai pengguna kereta, saya menyarankan anda menghantar kereta anda di bengkel bertauliah yang diakui oleh pengeluar kereta anda. Selalunya jika gear susah untuk ditukar, anda perlu menghantar kereta anda ke bengkel untuk menukar clutch plate. Ketika menukar clutch plate, saya menyarankan anda supaya meminta mekanik untuk turut menukar oil seal, walaupun oil seal tersebut belum bocor. Ini kerana kebiasaannya jangka hayat oil seal adalah sama dengan jangka hayat clutch plate. Ini boleh menjimatkan wang anda kerana tidak perlu menghantar lagi kereta anda ke bengkel jika berlaku kebocoran kerana mencegah lebih baik dari mengubati.

8. Bolehkah saya mengubah wayar di dalam gearbox untuk “upgrade” sistem bunyi kereta?
Jangan dan jangan dan jangan sekali lagi. Tiga kali saya menyebut jangan kerana sebagaimana yang anda telah ketahui, semua kereta baru zaman sekarang menggunakan hampir sepenuhnya sistem elektronik. Jadi jikalau anda ada ingin melakukan sebarang pengubahsiaian, sila pesan mekanik anda agar berjaga jaga dari melibatkan sebarang pendawaian yang menggangu sistem gearbox.



Tips Penjagaan Tayar Kereta

Tips Penjagaan Tayar
Tayar adalah satu komponen penting kenderaan. Penjagaannya amatlah dititik beratkan demi menjamin keselamatan anda dan keluarga anda di atas jalan raya. Dalam masa yang juga, ia adalah salah satu cara atau tips menjimatkan penggunaan minyak.Antara tips penjagaan tayar adalah seperti berikut:-

1) Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

2) Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

3) Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
4) Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang atau "vice versa."

Dan juga, sebagai info tambahan:

Indeks Kelajuan mengikut saiz tayar

Q - 100 mph 160kph
R - 106 mph 170kph
S - 112 mph 180kph
T - 118 mph 190kph
U - 124 mph 200kph
H - 130 mph 210kph
V - 149 mph 240kph
W - 168 mph 270kph
Z - more than 168 mph 270kph



Mengesan Tayar Haus
1) Ambil duit 20 sen letakkan di antara selah-celah jalur tayar tersebut.
2) Lihat jika tulisan sen tak kelihatan bungga tayar masih elok.
3) Tetapi jika tulisan sen itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru, disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis.
Apabila menukar tayar kereta anda, harus di ingat jika anda memilih tayar yang:
1) Lebih keras bunga tayar lebih tahan penggunaannya, tapi harus ingat kurang pula cengkamannya, atau,
2) Lebih lembut lebih baik utk pemanduan dalam hujan atau jalan lecak. Cuma pendek jangka hayatnya (lifespan) dan sedikit bising (berdengung)

Angin Tayar.
Periksa pressure angin tayar kereta anda dengan lebih kerap, 2 minggu, sekali untuk memastikan tayar kereta anda tahan lebih lama.


Tips Penjagaan Batery Kereta


TIPS-TIPS PENJAGAAN BATERI KERETA
Mohon sebarkan artikel ini untuk manfaat rakan-rakan kita yang memiliki kereta. (terutamanya golongan orang perempuan bila breakdown baru nak mengelabah)
Tip penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum.
Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya. Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.

Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:
1. Bateri basah.
2. Bateri kering.

Bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering.
Bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.

3 Cara Menjaga Bateri Kereta
Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menjaga bateri kereta dengan baik. Jangka masa untuk melihat keupayaan bateri ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja sebelum kita memulakan perjalanan. Dengan melaburkan masa 5 minit, ia mampu menyelamatkan kenderaan kita sepanjang perjalanan.

1 – Seminggu SekaliLakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal. Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain. Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.

2 – Buang Debu PutihDebu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya. Cara untuk bersihkan adalah menerusi: Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder). Satu sudu teh serbuk. Satu cawan air. Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.


3 – Sentiasa Periksa BateriSeelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu. Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.

Bagaimana Menjaga Sistem Brek Kereta Anda


Bagaimana Menjaga Sistem Brek Kereta Anda
Cara Penjagaan Sistem Brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.


3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.


4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.


7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.


8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.


11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.


Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.

Tip Penjagaan Kereta



Tip Penjagaan Kereta:

Jangan basuh enjin kereta guna airKITA pasti seronok dan selesa apabila melihat kereta bersih, berkilat dan bahagian enjin pula tidak comot. Jangan menggunakan air ketika membersihkan enjin kerana pada permukaannya terdapat banyak kesan minyak yang tidak boleh ditanggalkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta meragam. Se elok- eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.
Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain. Endapan itu dapat ,dihilangkan dengan mudah tetapi hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.
Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak. Jika menyedari ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir pula menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.
Dalam keadaan biasa minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol. Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula. Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak. Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun. Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering boleh menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.
Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup



Penukaran Minyak Pelincir Kenderaan Mengikut Jadual


PENUKARAN MINYAK PELINCIR KENDERAAN MESTILAH MENGIKUT JADUAL.
Kenapa Perlu Tukar Minyak Pelincir Ikut Jadual?

Minyak pelincir hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan pada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri. Haba juga mengubah struktur molekul minyak pelincir, menyebabkan ia kehilangan daya pelinciran. Selain itu, minyak menjadi kotor kerana ia bercampur dengan bahan logam yang haus apabilaenjin beroperasi. Logam terhaus ini tidak kelihatan dengan mata kasar, namun ia wujud dan ditakung dalam takungan minyak.


Oleh itu, wajar ia ditukar dengan minyak baru sementara daya pelinciran masih berada dalam tahap yang boleh diterima kerana minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk mencuci enjin. Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini menurun melalui masa. Minyak lama menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan menyebabkan kehausan melampau.

SELAIN minyak, pastikan semua peralatan boleh servis (serviceable parts)
seperti penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh ditukar
menepati julat kilometer yang dicadangkan pengeluar motosikal. Ini
dapat menjamin ketahanan enjin dan operasi enjin yang baik.


Jadikan hujung minggu atau hari tidak bekerja sebagai masa untuk merawat kereta. Periksa tali sawat (belting) Alternator, aircond belt, power steering belt anda dan cuci habuk atau pasir yang melekat untuk mengelakkan kehausan melampau. Tukar minyak pelincir setiap 5,000 kilometer.

MINYAK pelincir adalah bahan terpenting bagi sesebuah enjin kenderaan sebelum komponen di dalamnya itu boleh digerakkan dengan lancar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkanbahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air. Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000kilometer atau empat bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.


Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Mengikut beberapa kajian, adalah disyorkan anda mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan keluar.

Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.

Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam. Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.
Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi apabila ia kotor, maka perlu diganti baru segera.