Tips Penjagaan Tayar Kereta

Tips Penjagaan Tayar
Tayar adalah satu komponen penting kenderaan. Penjagaannya amatlah dititik beratkan demi menjamin keselamatan anda dan keluarga anda di atas jalan raya. Dalam masa yang juga, ia adalah salah satu cara atau tips menjimatkan penggunaan minyak.Antara tips penjagaan tayar adalah seperti berikut:-

1) Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

2) Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

3) Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
4) Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang atau "vice versa."

Dan juga, sebagai info tambahan:

Indeks Kelajuan mengikut saiz tayar

Q - 100 mph 160kph
R - 106 mph 170kph
S - 112 mph 180kph
T - 118 mph 190kph
U - 124 mph 200kph
H - 130 mph 210kph
V - 149 mph 240kph
W - 168 mph 270kph
Z - more than 168 mph 270kph



Mengesan Tayar Haus
1) Ambil duit 20 sen letakkan di antara selah-celah jalur tayar tersebut.
2) Lihat jika tulisan sen tak kelihatan bungga tayar masih elok.
3) Tetapi jika tulisan sen itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru, disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis.
Apabila menukar tayar kereta anda, harus di ingat jika anda memilih tayar yang:
1) Lebih keras bunga tayar lebih tahan penggunaannya, tapi harus ingat kurang pula cengkamannya, atau,
2) Lebih lembut lebih baik utk pemanduan dalam hujan atau jalan lecak. Cuma pendek jangka hayatnya (lifespan) dan sedikit bising (berdengung)

Angin Tayar.
Periksa pressure angin tayar kereta anda dengan lebih kerap, 2 minggu, sekali untuk memastikan tayar kereta anda tahan lebih lama.